Pada hari Rabu jam 4.00 petang, 2 Mac 1960 bersamaan 4 Ramadhan 1379 Sekolah Agama Batu 10, Skudai telah dibuka dan dirasmikan oleh Penolong Pemeriksa Sekolah Agama Johor Selatan. Guru yang mengajar di sekolah ini iaitu Ustaz Osman Bin Ikhsan dengan 35 orang murid dan hanya dua aliran iaitu darjah 1, satu kelas pada sesi pertama dan darjah 2, satu kelas pada sesi kedua.
Sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai sehinggalah pada tahun 1986 barulah berpindah ke bangunan sendiri yang ada sekarang.
Bangunan sekolah baru ini diberi nama Sekolah Agama An Nur Batu 10, Skudai dirasmikan oleh YB Datuk Hj Mohd Yunus Bin Sulaiman, DPHJ, KHN, PIS BSI, dan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor pada 15 Mac 1986 bersamaan 4 Rejab 1406 H.